Friday, October 18, 2013

SENTIMEN : Antara Provokasi dan Teguran Membina


Isu Sentimen pada Hari ini kembali hangat diperkatakan dek sebuah video yg memaparkan perbualan antara seorang lelaki India yg beragama Hindu (Mr.Saravanan)dgn seorang Lelaki Muslim yg Merupakan seorang Guru Besar di sebuah sekolah di Puchong Jaya,Selangor, berkaitan dengan berlakunya Ibadah Korban disekolah tersebut.sebelum kita g jauh g, penulis nak habaq, apa itu Sentimen.




ok,Apa itu Sentimen? Sentimen adalah sebuah kata nama, berasal daripada perkataan Sentiment yg diambil daripada bahasa Inggeris yg sinonim,dengan Perasaan, Emosi, Desak Hati, Gerak Hati, Kata Hati, Cita, Manah dan Isi Hati. itulah yg kita duk sebut2 Sentimen. haaa..paham? hehe

Sebenarnya isu Sentimen yg dibangkitkan oleh en Saravanan ni adalah isu Kecik yg dimainkan atas dasar tak puas hati dan xde kefahaman tentang Ibadah Umat Islam. sepatotnya sebelum En.Saravanan ni menempelak Guru Besar sekolah tu, dia kene Kaji dulu, siapa dia, siapa Guru Besar, dimana Hak Muslim, dimana Hak Hindu. satu lg yg kurang pada Lelaki India ni, die xde respek kat Guru Besar ni secara khususnya dan Umat Islam secara umumnya. dalam masa yg sama dia juga tidak menghormati Perlembagaan Malaysia yg menetapkan Islam sebagai Agama Rasmi. xsepatutnya die mempertikai sampai menyamakan penyembelihan Lembu yg dijalankan oleh Org Islam dengan Penyembelihan Babi oleh org cina..kan x masuk akal tu? babi mane ade leher untuk disembelih dan xde pulak Org Cina dlm negara ni nak Sembelih Babi depan org ramai. inilah yg menjadi masalah bilamana hilangnya sifat saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Isu yg ditimbulkan bg penulis secara peribadi hanyalah kerana Lembu merupakan salah satu dr Simbolik dalam keagamaan Hindu. dan En.Saravanan ni hanya meluahkan rasa tidak puas hati dia berkenaan penyembelihan Lembu ini didalam Kawasan Sekolah kerana merasakan ianya seolah-olah satu penghinaan kepada Hindu bilamana dalam sekolah tu jgk terdapat Murid-murid yg beragama Hindu. cuma mungkin cara dia bertanya agak biadap dan Langsi,tu je..biasela, org tgh hanginkan..g pun dia xfaham..


jadi kita sebagai pendengar dan org ketiga dalam hal ni sepatutnya kene cool, jgn cepat melatah bila mana ada kaum laen yg mempertikai tentang Ibadah dlm Islam atau kaum itu sendiri..kene rilek, kaji dan selidik tang mana yg dia xpuas hati tu. jika ianya mrupakan Hak Org Islam, pertahankan. bermula dgn penerangan tntag permasalahan itu. bila dah terang masih juga mereka tidak berpuas hati, biarkan. mintak mereka g ke pihak berkuasa dan selesaikan salah faham itu dgn matang dan profesional.itu tugas kita. bukan meniupkan api sentimen perkauman. India Kurang ajar, Cina Biadap, Bangla melampau, habes Kita?? baik sgt...?? hehe..

di pihak non-Muslim plak, kene tahu, dimana hak Muslim, dimana Hak non-Muslim. xboleh sume bende kita nak pertikai. kita ade Undang-undang, kita ada akal,Moral dan akhlak. gunakan sebaik mungkin. jgn ikot Nafsu dan Amarah,hujungnya hanye akan membawa kepada masalah dan kemudharatan je. ok?

untuk kedua2 belah pihak, baik Muslim dan Non-muslim, kita kene pandai bezakan antara Provokasi dan Teguran membina.mungkin kita dipihak Muslim ade melakukan sesuatu yg melampau dan sensitif kpd non-muslim, kita akui,dan mohon maaf.pastu jgn duk ulang dah mende 2,tp jika kita dipihak yg benar, Pertahankan. baik dengan Hujah atau Perbuatan. Di pihak non-muslim plak mungkin ade yg melampau,dan terlalu sensitif tntang sesuatu isu, nasihat penullis, kajilah terlebih dahulu. Kemudian baru Bertindak. supaya kita tidak menjadi Penimbul kekacaun. mungkin bilangan mereka yg penulis maksudkn kt sini xramai, segelintir sahaja, tetapi disebabkan segelintir inilah nanti yg akan menjadikan masalah menjadi bertambah rumit dan besar.


konklusinya, kita semua manusia, xkan lari dari salah faham dan perbezaan pendapat, railah dan selesaikanlah dgn cara yg matang dan profesional sbb kita duduk dlm negara yg berbilang kaum,agama dan persekitaran. kene faham yg itu, 1 Malaysia kan? hehehe.. jd, harap sume cool, xyah gaduh2, xyah tiup2 api sentimen perkauman bagai..xpayah...setelkn dan tangani dgn cara yg molek..lau isu kecik ginie pon kita menggelabah dan melatah, camna nk pimpin Negara dan Ummat esok lusa?? pikir2kan dan selamat Beramal..

ni aku bg link, cer try Degaq ckit..

https://www.facebook.com/photo.php?v=502890263140777&set=vb.147121475384326&type=2&theater"

lani have a break, have a KitKat! yeah!





- Abg Bai sLay

No comments:

Post a Comment

Pape hal pun, komen kasi molek dan beretika yer. baru molek gituuuu... =)