Saturday, May 10, 2014

Dilema Ahli Gerakan Islam : Diantara Wala' dan Waqi'

Dunia hari ini semakin hari semakin jauh dari ruh Islam yang sebenar dan semakin mencabar dalam menyampaikan risalah-risalah Tuhan sama ada melalui lisan, perbuatan ataupun melalui pemerintahan. Bermula daripada era kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah, maka bermulalah usaha-usaha menyampaikan risalah-risalah tuhan ini melalui gerakan-gerakan islam yang mana dimulakan oleh sebuah gerakan islam yang dipimpin oleh As-Syahid Hassan Al-Banna yang dikenali sebagai Ikhwan Muslimin, berpusat di Mesir dan diasaskan  pada tahun 1928 M. Kesan daripada penubuhan gerakan ini, maka lahirlah gerakan-gerakan islam yang sejalan dengannya seantero dunia termasuklah Malaysia sendiri. Diantara gerakan-gerakan Islam yang dimaksudkan antaranya seperti Parti Islam Semalaysia (PAS), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Ikatan Siswazah Malaysia (ISMA) dan sebagainya. Kesemua gerakan ini mempunyai persamaan yang ketara antaranya ialah menggunakan kaedah Wala' dan Taat sebagai salah satu daripada rukun dalam gerakan mereka.

Saturday, October 26, 2013

Isu Goods and Services Tax (GST)

Apa itu GST?

GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.

Tuesday, October 22, 2013

Isu Hukuman MURTAD Dari Sudut Feqah : Di Hukum Bunuh Mandatori atau Sebaliknya?




Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman;

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ

Maksudnya;
“Tidak ada paksaaan dalam agama. Sesungguhnya telah nyata kebenaran daripada kebatilan”
[surah Al-Baqarah : 256]

Ayat ini, memperlihatkan kepada kita bahawa Islam bukan agama yang memaksa. Seseorang yang tidak beragama islam, kita tidak boleh paksa mereka agar menerima Islam, tetapi tugas yang Allah berikan kepada kita adalah, berbincang, berwacana, menyeru dan mengajak mereka kepada islam dengan kebijaksanaan yang ada atas nama dakwah islamiyyah.

Monday, October 21, 2013

Isu Tuntutan COMANGO ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland

UPR dan Tuntutan COMANGO

Ramai sudah memaklumi bahawa pada 24hb ini di Geneva, Switzerland, akan berlangsung proses Universal Periodic Review atau Semakan Berkala Universal tentang prestasi Hak Asasi Negara kita dibawah seliaan Human Rights Council (HRC), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Ini adalah kali kedua Malaysia melalui proses tersebut. Proses tersebut turut memberi ruang kepada badan-badan Hak Asasi antarabangsa dan tempatan yang diakreditasi untuk berperanan dalam proses tersebut dengan menghantar laporan masing-masing berkenaan hal yang sama.

Friday, October 18, 2013

Isu Kalimah Allah : SALAH SIAPA?


Isu Kalimah Allah ni dalame sgt dah sebenarnye.. dan secara Umumnya permasalahan tentang penggunaan kalimah Allah bg non-muslim ni dah lama selesai. tp kini mende ni jadi hangat balek.. sebab apa? ok..penulis bg beberapa sebab musabab yg penulis nampak menyemarakkan lg isu penggunaan kalimah Allah bg non-muslim ni kt negara kita.

SENTIMEN : Antara Provokasi dan Teguran Membina


Isu Sentimen pada Hari ini kembali hangat diperkatakan dek sebuah video yg memaparkan perbualan antara seorang lelaki India yg beragama Hindu (Mr.Saravanan)dgn seorang Lelaki Muslim yg Merupakan seorang Guru Besar di sebuah sekolah di Puchong Jaya,Selangor, berkaitan dengan berlakunya Ibadah Korban disekolah tersebut.sebelum kita g jauh g, penulis nak habaq, apa itu Sentimen.