Friday, October 18, 2013

Isu Kalimah Allah : SALAH SIAPA?


Isu Kalimah Allah ni dalame sgt dah sebenarnye.. dan secara Umumnya permasalahan tentang penggunaan kalimah Allah bg non-muslim ni dah lama selesai. tp kini mende ni jadi hangat balek.. sebab apa? ok..penulis bg beberapa sebab musabab yg penulis nampak menyemarakkan lg isu penggunaan kalimah Allah bg non-muslim ni kt negara kita.



1. Permintaan dan rayuan bertali Arus dari pihak Gereja Untuk menggunakan Kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu
2. Salah faham isu diantara Penganut Agama Islam berkenaan Isu Penggunaan Kalimah Allah untuk non-muslim
3. Kenyataan2 dan kritikan melampau dari badan2 NGO yg berpaksikan Islam.
4. Serangan Siber oleh badan2 yg Mewakili Kaum dan Agama yg berunsur Hasutan,Provokasi dan berniat untuk mencetuskan Kemarahan penganut agama Islam dan bukan Islam.

Sekarang Penulis akan terangkan apa masalah sebenar yg berlaku berkaitan Isu Penggunaan Kalimah Allah dgn mudah. Sbg permulaan,kita terpempan dgn 2 masalah, yg pertama adalah Penggunaan Kalimah Allah Secara Universal oleh non-Muslim, dan permasalahan yg kedua adalah Penggunaan Kalimah Allah di dalam Bible Versi Bahasa Melayu yg mana Perkataan asalnya adalah 'GOD', dan pihak Gereja memohon untuk Menukarkan perkataan 'GOD' kepada 'ALLAH'.

dari segi Hukum, adalah dibenarkan bagi non-muslim untuk menggunakan Kalimah Allah dalam kehidupan seharian mereka. ini kerana Kalimah Allah telah digunakan sejak berkurun lamanya lebih2 lg pd bangsa Arab yg bukan Islam. Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!”(Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

Firman Allah dalam ayat yang lain:
(maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

jadi Jelas menunjukkan TIADA Halangan dan DIBENARKN bg non-muslim untuk menggunakan atau menyebut kalimah Allah dalam kehidupan seharian mereka selagi mana ianya tidak berniat untuk mempersenda, menghina dan mempermainkan Kalimah Suci bg Penganut agama Islam ini. jadi, Masalah yg Pertama mengenai penggunaan Kalimah Allah bg Non-Muslim sudah Selesai, TITIK!



Berkenaan dgn Masalah Kedua, berkaitan Permohonan Pihak Gereja bg Menukarkan Kalimah 'GOD' kpd 'ALLAH' didalam Bible versi bahasa Melayu. Persoalan yg ingin dilontarkan oleh Penulis, kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu ini nanti. jadi, Permasalahan sebenar yg berlaku dinegara kita adalah berkaitan dgn Permohonan pihak Gereja bg menukarkankn perkataan GOD kpd ALLAH didalam Bible versi bahasa Melayu, bukan Penggunaan Kalimah Allah secara Universal oleh non-Muslim.

Kita sbg Penganut Agama Islam di Malaysia perlu memahami apa permasalahan yg sebenarnya berlaku dalam negara kita. bukan sekadar semangat membabi buta sehingga menyemarakkan api Permusuhan sesama manusia yg berlainan agama.perlu difahami, Kalimah Allah Adalah bebas untuk digunakan oleh semua Agama dan Makhluk dimuka Bumi ini,cuma kita Menolak dan Melarang Penggunaan Kalimah Allah didalam Bible versi bahasa Melayu. Persoalannya,mengapa kita Melarang dan Menentang penggunaannya didalam Bible Versi Bahasa Melayu? antara beberapa hujah yg kukuh adalah bg melarang penggunaan ini :

1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.

3. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.

4. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.

Larangan ini bukanlah bersifat Rasis mahupun tidak Adil, akan tetapi tujuan utamanya adalah untuk menjaga dan memelihara kemaslahatan akidah Umat Islam daripada terpesong. Seperti yg kita sedia maklum, Pemahaman Umat Islam di Malaysia berkenaan Akidah dan Ketuhanan masih ditahap yang yg sgt Kritikal dan membimbangkan.tambahan pula, penggunaan Kalimah Allah hanya pada Bible versi Bahasa Melayu, bukan pd bahasa2 lain. disini dapat kita perhatikan bahawa kemungkinan besar terdapat agenda sulit yg ingin dijalankan oleh pihak Gereja dalam menyebarkan fahaman Kristian terhadap bangsa Melayu yg majoritinya beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu. jadi, setelah beberapa Kajian dan Perbincangan yg telah dilakukan oleh pihak berkuasa dan para Asatizah, mereka telah bersepakat untuk MELARANG dan TIDAK MEMBENARKAN penggunaan kalimah ALLAH didalam Bible versi Bahasa Melayu. Begitu juga dengan Keputusan Mahkamah Rayuan. Larangan yg diputuskan adalah untuk menjaga Kemaslahatan Akidah umat Islam di Malaysia bukan Diskriminasilah dalam beragama.




Permasalahan tentang Keputusan Pihak Mahkamah dan Pihak Berautoriti dalam Melarang dan tidak Membenarkan Penggunaan Kalimah Allah ini telah Selesai. Akan tetapi,baru2 ini telah timbul satu masalah baru pula berkenaan Isu ini yg mana berpunca daripada Kenyataan2 dan Kritikan daripada NGO-NGO Islam serta Badan-badan yg mengaku mewakili Islam dan Bangsa Melayu. Kita seharusnya sbg Badan yg mengaku mewakili Islam, lebih berhati2 dalam mengeluarkan kenyataan supaya ianya tidak menambahkan lagi kerumitan dalam sesuatu masalah. Kenyataan2 yg keluar dari Mulut2 kita sbg Wakil kpd Islam dimata masyarakat umum seharusnya bersifat Harmoni dan bijaksana, bukan bersifat Angkuh,Biadap dan Melampaui batas. inilah yg penulis maksudkn antara asbab mengapa isu ini bertambah menjadi lebih rumit sekarang. Jika badan2 ini lebih beretika dalam membuat kenyataan, perkara2 sebegini insyaallah dapat diselesaikan dgn baik tanpa menimbulkan masalah2 baru.

Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Generasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.



Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.

Bagi penulis, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.

jadi sebagai konklusi, ingin penulis tegaskan disini bahawa, isu Penggunaan Kalimah Allah ini tidak seharusnya dijadikan sumber Provokasi bagi Muslim ataupun Non-Muslim kerana ianya telah disepakati dan diputuskan oleh pihak berautoriti demi menjaga kemaslahatan kita bersama. dan semua pihak diharap tidak melampaui batas, menghormati Hak sesama kita dan sama-sama berusaha bg memantap dan menguatkn lg Akidah Umat Islam di Malaysia.


lani, have a break, have a KitKat! yeah!




-Abg Bai sLay

No comments:

Post a Comment

Pape hal pun, komen kasi molek dan beretika yer. baru molek gituuuu... =)