Monday, October 21, 2013

Isu Tuntutan COMANGO ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland

UPR dan Tuntutan COMANGO

Ramai sudah memaklumi bahawa pada 24hb ini di Geneva, Switzerland, akan berlangsung proses Universal Periodic Review atau Semakan Berkala Universal tentang prestasi Hak Asasi Negara kita dibawah seliaan Human Rights Council (HRC), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Ini adalah kali kedua Malaysia melalui proses tersebut. Proses tersebut turut memberi ruang kepada badan-badan Hak Asasi antarabangsa dan tempatan yang diakreditasi untuk berperanan dalam proses tersebut dengan menghantar laporan masing-masing berkenaan hal yang sama.

Taklimat COMANGO mengenai UPR ke Geneva minggu lalu di Kuala Lumpur .Gambar fail
COMANGO adalah sebuah gabungan badan-badan NGO Malaysia yang dalam proses UPR yang telah menghantar laporannya ke HRC, PBB. Gabungan ini rata-ratanya terdiri daripada badan-badan bukan berasaskan Islam dan sebahagian besarnya bukanlah terdaftar sebagai NGO dengan rasmi. Apabila mendapati sebahagian daripada dakwaan dan tuntutan dalam laporan tersebut bercanggah dengan Islam dan kedudukannya sebagai Agama Persekutuan, pihak NGO-NGO Islam utama telah membentuk gabungan NGO-NGO Islam dalam prose UPR atau MuslimUPRo sebagai platform memantau dan menyampaikan pandangan kami dalam hal ini.


MuslimUPRo telah mula menyuarakan pelbagai pandangan balas terhadap pelbagai kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh pihak COMANGO dan lain-lain dalm proses UPR ini. Kita juga telah memutuskan untuk turut menghantar sebuah delegasi ke Geneva untuk memantau dan menyampaikan pandangan dalam ruangan yang dibenarkan dalam proses tersebut. Pada hari ini MuslimUPRo ingin mengemukakan sebuah Memorandum berkenaan isu ini yang akan diserahkan kepada pihak Kerajaan Malaysia dan pihak-pihak berkenaan.
MuslimUPRo juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menanggapi kenyataan jurucakap COMANGO, Honey Tan Lay Ean di dalam akhbar online, the Malaysian Insider bertarikh 17 Oktober 2013 yang cuba menafikan COMANGO ke Geneva mengancam Islam dan mempromosi seks songsang. Dalam kenyataan beliau yang dibuat dari Geneva ini beliau turut menuduh bahawa MuslimUPRo telah membuat komentar tanpa terlebih dahulu membaca laporan pihak COMANGO.
Ini adalah percubaan tidak jujur pihak COMANGO untuk berdalih dan mengalih perhatian daripada hakikat sebenar bahawa laporan mereka memang mengandungi tuntutan yang mengancam kedudukan Islam dan mendokong budaya seks songsang. Sesiapapun yang merujuk kepada laporan tersebut akan menemukan secara hitam dan putih beberapa kandungan yang mengancam Islam dan umat Islam di Malaysia.

Berikut antara kandungan seperti yang dimaksudkan:
1. Perenggan 1: Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR).
Antara unsur yang terkandung di dalam ICCPR terdapat pada Perkara 18 iaitu berhubung hak kebebasan beragama. Implikasi penerimaan ICCPR ini bakal mengizinkan pemurtadan berlaku secara berleluasa.
2. Perenggan 6.1 : Berkenaan dengan Sexual Orientation and Gender Identity.
Implikasi daripada tuntutan meraka ini adalah untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat. Kesan daripada pemansuhan seksyen ini nanti akan membuka pintu kepada mengiktiraf perkahwinan sejenis keranan perkara tersebut tidak dianggap sebagai jenayah lagi.
3. Perenggan 6.2 : Berkenaan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputra.
Pematuhan terhadap International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination ( ICERD) ini hanya akan menyebabkan Malaysia mengikut telunjuk dan acuan sekular Barat yang memaksakan penafsiran istilah “racism” atau perkauman ke atas sesuatu negara berdaulat. Hal ini mengenepikan tindakan-tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambilkira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan. Justeru tidak sepatutnya diberikan label negatif dan bersifat steoreotaip khususnya oleh media yang berniat jahat terhadap sesebuah negara.
4. Perenggan 9.1 : mempersoalkan Kredebiliti Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.
Antara unsur tuntutan yang mencabar k
edaulatan islam adalah secara kepada khususnya perenggan 9.5 yang mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.
5. Perenggan 10.1 : Perkara yang menyentuh berkenaan dengan kebebasan beragama dan kebebasan bersuara.
Secara jelas dan terang bahawa mereka mempersoalkan perkara yang berkaitan dengan Agama Islam termasuk kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia. Laporan tersebut juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam. Selain itu, hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur juga dijadikan isu hak asasi manusia.
Memandangkan proses UPR ini berlangsung setiap empat tahun sekali (kali pertama semenjak 2009), maka adalah wajar sekiranya pihak Kerajaan Pusat, serta pertubuhan-pertubuhan Islam (NGI) sentiasa meneliti tuntutan-tuntutan yang dikemukakan demi memastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan berterusan serta dakwaan bertentangan terhadap kedudukan Islam dan realiti sejarah dan budaya masyarakat Malaysia.

DR YUSRI BIN MOHAMAD
Pengerusi PEMBELA dan Ahli Delegasi MuslimUPRo

No comments:

Post a Comment

Pape hal pun, komen kasi molek dan beretika yer. baru molek gituuuu... =)